Kelas Bersama Usahawan: Cara Daftar Dan Upload Produk Di Tiktok Shop

10 April 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 9 April 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas individual kepada salah seorang usahawan PEDi, Cik Nur Shahida Hanapi yang ingin belajar berniaga di TikTok Shop. Kelas tersebut diadakan selama 1 jam 30 minit. Beliau yang baru sahaja berkecimpung dalam perniagaan ingin belajar berniaga di TikTok Shop sekaligus berdaftar sebagai TikTok Affiliate.

TikTok juga memperkenalkan TikTok Shop dan peniaga sudah tentunya mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan. Semua peniaga dialu-alukan untuk berjualan di TikTok Shop walaupun 0 follower. Proses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.

Antara kelebihan yang anda boleh nikmati sebagai TikTok affiliate adalah:
• Anda tak perlu keluarkan sebarang modal.
• Anda tak perlu pegang stok atau produk, hanya promosikan link produk di video anda.
• Anda akan dapat komisyen mengikut peratusan mungkin 10%, 20% atau 50%. Komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik jika pelanggan buat pembelian menggunakan link anda.
• Anda tak perlu berhubung dengan penjual produk kerana sistem ini berfungsi secara automatik.
• Anda tak perlu terlibat dalam urusan jual beli atau pengeposan barang.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut mampu membantu masyarakat untuk menjana pendapatan dengan mendaftar sebagai TikTok Affiliate.Pada Ahad (9 April 2023) telah berlangsungnya “2023 Knowledge Sharing: Passport Photo Business at PEDi” yang telah dikendalikan oleh Encik Anuar yang merupakan Pengurus PEDi Semenyih. Kelas tersebut diadakan bermula pada pukul 11:00 pagi dan tamat pada pukul 12:30 tengahari. Kelas tersebut wajib dihadiri oleh pengurus dan penolong pengurus PEDi.

Antara intipati kelas tersebut adalah:
1. Peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan passport
2. Penggunaan aplikasi Canva untuk mengedit gambar
3. Tetapan printer

Pihak PEDi Spaoh mengucapkan ribuan terima kasih atas penganjuran kelas perkhidmatan passport tersebut kerana memberi banyak ilmu baru kepada pengurus dan penolong pengurus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali